JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

3:44 PM Posted In Edit This 0 Comments »

Sebelum sesuatu ujian dapat dibina dengan sempurnanya, satu Jadual Spesifikasi Ujian (Test Table of Specificationatau disebut sebagai JSU mestilah dibentuk terlebih dahulu. JSU merupakan satu blue-print ujian yang perlu dibina. JSU dibina hanya setelah pembina dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian yang hendak dibina. Pembinaan JSU membantu pembina ujian mendapatkan skor yang boleh dipercayai dan sah dari segi keputusan  yang akan dibuat ke atas kandungan ujian berkenaan.

Dalam proses membina ujian, ujian yang sah dan boleh dipercayai prosedur berikut hendaklah diikuti.

1.                  merancang ujian
2.                  menggubal soalan
3.                  memilih dan menyelaras soalan
4.                  memprauji soalan
5.                  memasang kertas soalan


            Perancangan Ujian dan Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian

Perkara yang penting dalam perancangan ujian ialah pembinaan JSU 

Dalam pembinaan JSU langkah-langkah berikut hendaklah diikuti.

            Mengkaji Sukatan Pelajaran

Sukatan pelajaran dikaji untuk memperolehi maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Isi kandungan sukatan pelajaran dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap satu isi kandungannya. Antara aspek-aspek yang dianalisis ialah

(i)     skop dan kedalaman kajian pada sesuatu tajuk
(ii)   pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk
(iii) kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk yang lain
(iv) kekomplekskan sesuatu tajuk
(v)   masa pengajaran yang diberi bagi sesuatu tajuk

            Menganalisis Objektif Pendidikan

Di samping itu objektif pendidikan dianalisis untuk menentukan jenis-jenis kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya.

Maklumat-maklumat yang tersebut di atas ini adalah amat penting kepada penggubal soalan dan penggubal ujian kerana dengan ini sifat ujian itu ditentukan, bilangan soalan bagi setiap ujian ditentukan, dan pada aras kemahiran dan kesukaran apakah yang ia perlu diuji.

Berdasarkan penganalisaan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi tiga paksi utama.

1.                  Paksi Kandungan

-           Tajuk
-           Subtajuk

2.                  Paksi Kemahiran

-                      Aras kemahiran

3.                  Paksi Wajaran

-           Peratusan pemberatan setiap tajuk
-           Bilangan soalan


            Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian

JSU yang lengkap dibina akan sangat-sangat membantu penggubal soalan dan pembina ujian. Antara kepentingan adanya JSU ialah:
  • Ujian akan dibina secara sistematik.
  • Keesahan dari segi penyampelan sukatan pelajaran adalah terjamin.
  • Taburan tajuk adalah seimbang, dan pelajar diuji pada keseluruhan kurikulum.
  • Taraf, mutu dan aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari setahun ke setahun walaupun dibina oleh pembina yang berlainan.
  •  Ia menjadi panduan kepada penggubal soalan dan pembina ujian.

Tahap-tahap Kognitif Bloom

Penggunaan Kognotif  Bloom amat penting bagi setiap guru. Pemahaman tentang tahap kognitif  Bloom amat penting khasnya dalam menyediakan item(soalan) dalam peperiksaan dan Ujian. Sebagai guru kita harus boleh membezakan aras kesukaran soalan yang dibina samada soalan objektif atau subjektif.

Setiap item yang dibina perlu menepati aras kognitif Bloom kerana ia amat penting untuk memastikan taburan aras kesukaran adalah tepat dan adil pada setiap pelajar. Lembaga peperiksaan menggunakan kaedah 5:3:2 iaitu setiap 10 soalan perlu ada 5 arasnya rendah, 3 arasnya sederhana dan 2 arasnya tinggi. Ini bertujuan untuk bersikap adil kepada pelajar dan memastikan ujian yang dibina bukan hendak memerangkap pelajar untuk gagal.

Aras kognitif Bloom perlu dirancang oleh guru berdasarkan JSU di mana pengagihan item berdasarkan topik dan masa perlu diambil kira.

Bersama ini, disertakan contoh aras kognitif Bloom berdasarkan kata tugas. Soalan yang bermula dengan kata tugas di bawah boleh dianggap sebagai mengikut aras kognitifnya. Pengalaman saya, adakalanya rangsangan dan kedudukan jawapan akan menyebabkan aras kognitif Bloom itu boleh berubah. Namun begitu, aras kognitif Bloom akan banyak membantu guru menyediakan item/soalan yang bermutu. 
Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap  iaitu:  Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan/Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian.










0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...